Beloved Followers :)

cursor

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon

28 October 2011

♥ Katakan TIDAK pada ROKOK ! ♥

Assalamualaikum reader sekalian.


** Hye guys kali ni nak share cikit bahana merokok.so, kepade yang terase dirinya sedang asyik merokok, berjinak-jinak untuk merokok, dan teringin untuk merokok.Aku sarankan baik tak payah.Kalau dah terjebak nak berhenti punyela susah.Bila di suruh punyela liat nak berubah.Bukannya dapat khasiat malah si perokok tu sendiri berdouble triple dapat simptom2 dari semase ke semase. **


✿ Bahaya merokok-fakta keburukan merokok dan akibat merokok.
Bilakah anda ingin mengambil keputusan untuk berhenti merokok?

**Mengapa anda berhenti merokok?**

✿ Kedua-dua persoalan di atas mesti jelas di minda anda jika keputusan berhenti merokok dibuat.

✿ Berbagai-bagai sebab yang anda wajib berhenti merokok, iaitu:

MEMANJANGKAN USIA

✿ Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.

PENCEGAHAN PENYAKIT

✿ Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Sihat dan hidup berkualiti

✿ Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

Anak-anak sihat

✿ Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.


REMAJA TURUT CENDERUNG UNTUK MEROKOK.


✿ Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

GIGI WANE LUNING NUNING

✿ Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

BAU NAFAS

✿ Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

KULIT CANTIK

✿ Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

MELINDUNGI KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN

✿ Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

CEPAT LETIH DAN KURANG CERDAS

✿ Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

BAJU DAN RAMBUT BERBAU HAPRAQ

✿ Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA.

✿ Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

KESUBURAN FERTILITI

✿ Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

DISFUNGSI EREKSI

✿ Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.

TINDAKAN YANG SANGAT WAJAR JIKA ANDA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERHENTI MEROKOK..

✿ Apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.





YESSSS ! say NO FOR CIGARETTE !! ^_^


KESAN ASAP ROKOK TERHADAP ISTERI :( -

1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
3. Lebih terdedah kepada kanser
4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
5. Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

KESAN ASAP ROKOK TERHADAP ANAK-ANAK :( -

1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
5. Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok




*MasyaAllah pelik-pelik semua bahan-bahan dalam rokok ni. Yekkksssss ! >.<


✿ Wahai perokok sekalian, penah tak anda terfikir untuk menTOTALkan belanjawan anda semua setiap tahun hanya untuk rokok sahaja.Apabila di total mesti anda akan terase bahgia jikalau jumlah itu sedang berade dlm genggaman anda.Yang tak kawen lagi sure rase jumlah tu dapat membantu menambahkan duit untuk simpanan perkahwinan. Aigooo..~

✿ Oleh itu, renung-renungkan dan selamat memberhentikan diri dari rokok dan segale-gale adik beradik tembakau.Sayangilah diri anda, sayangilah orang yang tersayang..ok SEKIAN,BUBYE !

No comments:

Post a Comment

like